Tuesday, January 27, 2009

Antara Tun Mahathir Dengan Pak Lah

Salam kepada semua pembaca. Aku selalu ditanya kenapa aku cenderung menyokong Dato' Mukhriz Tun Mahathir oleh orang-orang muda yang selalui aku jumpai. Jawabnya, dia ada karisma, ilmu dan pengalaman dalam membawa perubahan golongan pemuda akar umbi di negara ini. Lagipun aku menyanjungi Tun Dr. Mahathir, selama 22 tahun menerajui Malaysia, Tun selalu mementingkan rakyat, hinggakan segala hal berkaitan rakyat diutamakan dahulu berbanding keluarga beliau sendiri. Anak-anaknya yang terlibat dalam perniagaan terutamanya Dato Mokhzani dan Mirzan, ingat Tongkah Holding dan Diperdana Berhad, kalau tak silap aku jatuh dalam perniagan disuruhnya bangun sendiri tanpa menggunakan kedudukan bapanya sebagai perdana menteri pada masa itu. Apahal pulak dengan Pak Lah perdana menteri sekarang nie? Mereka bertanya tak ok ke? Mula-mula Pak Lah nampaknya sempurna seperti yang dikehendaki Tun dan lama-kelamaan Pak Lah dilihat seorang perdana menteri yang lemah dan tidak tegas yang dikuasai oleh segolongan orang tertentu di tingkat empat di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya terutamanya menantunya Khairi Jamaludin dan kawan-kawannya sehingga segala keputusan yang dibuat di kabinet dimunipulasi oleh KJ and the gang untuk faedah kroni mereka sahaja. Lantas aku bertanya lagi antara zaman pemerintahan Tun Mahathir dengan Pak Lah mana yang kamu semua suka? Hampir 100% menyokong zaman pemerintahan Tun di mana rakyat dapat hidup aman dan makmur dengan banyak peluang pekerjaan dengan harga barang-barang pengguna sentiasa dikawal kerajaan dan harga petrol pada masa itu masih lagi rendah. Habis pasal apa kamu semua marah sangat si KJ and the gang itu? Aku bertanya lagi. Jawapannya si KJ tu buat banyak keputusan bodoh dan tolol, cuma bagi rakyat rasa senang sekejap sahaja dan susah sangat lama. Apa dia? Mereka bertanya lagi. Contohnya kenaikan harga minyak yang sangat drastik yang diikuti dengan kenaikan barang pengguna yang gila-gila, bila harga minyak turun, harga barang masih kekal mahal jadi siapa yang untung? Aku menjawab, mestilah orang-orang cina kerana mereka peniaga dan kita melayu yang menjadi pengguna majoriti. Jadi di sni aku secara tegasnya aku nak Dato' Mukhriz Tun Mahathir menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Dato' Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia sebab aku suka zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri pada masa yang lepas. Lagi satu, aku geram sangat si KJ memanggil Tun sebagai "orang tua nyanyuk" Apa? dia lulusan oxford pandai sangatkah? Dan kenapa orang-orangnya yang di atur menjadi calon BN samada parlimen dan dun pada PRU 12 yang lepas ditolak oleh majoriti ahli Umno dan rakyat. Kalau pandai sangat mengapa ekonomi sekarang jadi gila babi, pengangguran makin bertambah dan ramai pekerja bakal diberhentikan selepas perayaan tahun baru cina nanti. Apa perancangan KJ nak dan dah buat, ataupun kelentong para perwakilan pasal nak jadi ketua pemuda Mac nanti. Aku berani mengatakan KJ adalah seorang yang gagal, gagal dalam memahami kehendak rakyat dan ahli umno khasnya. Yang memahami akar umbi hanya seorang iaitu yang bersih dari segi kepimpinan, akhlaknya terpuji, merendah diri senang didekati iaitu Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Salam. "Berani berubah".

3 comments:

  1. terima kasih sudi singgah ke blog saya. salam berani berubah!

    ReplyDelete
  2. ini salam berani berubah, kalau jumpa bersemuka macam mana dia punya salam?

    kau pnya tajuk post ni tak sesuai, nama pak lah x layak tulis satu baris dengan tdm.

    ReplyDelete
  3. aku p jalan2 gak bkt selambau... mana p exco yang menang tak tau...panggey depa mai berhadapan ngan pembangkang... HARAP DOK IKUT PUNGKOQ MENTERI JA... JADI HARAM JADAH APA TAK TAU... DAJEE SUNGGUH... yang akar umbi ni pilun siang malam bila pilhan raya, depa pulun siang malam masa PEMILIHAN SAJA.... adoi laa... letih la macam niiii... turun la mai tgok kera dok wat keja niiiii... dok bedepan ngan pembangkang, muka dah jadi kulit babi dah.... yang EXCO menang tu p mana.....TURUN LA OOOOOOOIIIIII

    ReplyDelete